w

Wednesday, October 30, 2013

Toys Pancing Kesayanganku

Setiap pemancing mesti mempunyai seribu satu alatan dalam tackle box mereka. Mustahil seseorang yang bergelar pemancing tegar tidak ada barang-barang pancing. Entry kali ini aku cuma nak menaip tentang barang-barang pancing yang aku ada terutamanya mesin atau reel. Sebenarnya, aku lebih gemar reel brand Abu Garcia keluaran Jepun kerana kualitinya serta boleh buat macam-macam sound. Contoh sound bunyi katak, bobok @ ketuk bodi dan sebagainya. Jom kita tengok koleksi yang aku ada.



Sebenarnya, yang nie bukan aku punya tapi aku yang tengah mencari reel ngan rod warna pink untuk bakal bini aku. Nie reel dan rod okuma for ladies. Jumpa yang warna pink pun kat ebay jer.. Malaysia ada la kot tapi tak jumpa lagi setakat nie. Wajib usaha cari sebab law tak ada, tak mancing la aku lepas kawen nanti.hehehe



Pandangan Dekat Reel Okuma



Yang nie plak Model Abu Cardinal 753. Aku dah ada 2 bijik mesin nie. Semua dah dikatakkan oleh otai Mohd Zaidi atau Idi. Bunyi memang kuat siooott.



"Sedang menunggu giliran untuk dikatakkan"


Nie reel Abu Cardinal 753 yang kedua. Sebenarnya semua reel nie telah selamat dikatakkan dan dikahwinkan dengan rod Okuma Nemesis dan juga Viper Xtreme.


"Made In Japan Foot Number #206"


"Reel dari Awwal Haiqal Seller Dari Kuala Lumpur"


Reel ini banyak mendatangkan masalah kepada aku, reel  Abu Garcia 755 GTi. Sebenarnya, aku beli online reel nie. Owner cakap elok lagi dan condition lisa surihani. Dengar camtu aku beli la, bila sampai barang aku kagum gila sebab memang perfect. Kira condition 10/10 la cuma dah janda. Dalam hati memuji-muji seller terbaik. Mula-mula aku tak perasan yang spool dia gerak setempat jer, tak naik dan tak turun. Mampus dah macam mana nk karau law macam nie. Nanti tali penuh kat tengah spool jer. Aku bukak cek tengok, rupa-rupanya tapak roller bearing tu patah. Call seller tapi tak berjawab. Biarlah, itu urusan dia dengan Allah S.W.T sebab tak jujur dalam berniaga. Aku halalkan jer apa yang dia buat. Mungkin dia tak perasan.


"kawasan patah tapak gigi bulat kat tengah yang ada lobang tu.. Gambar nie sebelum aku barai reel nie."


Fikir punya fikir cemana nak buat dengan reel nie. Sayang kot, dah la harga pun RM 200++. Macam-macam cara aku cuba, gam lah, tampal lah tapi tak berjaya. Kalau body mesin nie besi dah lama aku pateri. Last-last, jalan terakhir yang aku amik ialah post dalam group Kedai Penggemar Koleksi Mesin Pancing Antik dan Baru untuk mencari body baru untuk mesin nie. Dan Alhamdulillah, ada sorang seller Kamarul Nizam Ismail ada reel Abu Garcia 755GTi yang dah rosak dan nak tolak. Bincang punya bincang dia pun lepaslah kat aku dengan harga yang amat berpatutan. Reel yang dia bagi barang semua lengkap cume bail spring dah hilang dan drag knob dah crack. Tapi overall reel memang cantik. Sebab kos dia yang mahal sangat aku sayang nak guna, jadi nanti-nanti lah kalau 755GTi nie nak berjuang pun..hehe


"Reel Spare Sudah Sampai. Terima Kasih Tuan Kamarul Nizam Ismail"


"Wajah Baru Sesudah Dikacuk Dan Dilahirkan Semula"


"Yang Nie Ofkos Sudah Di Tambah Bunyi Katak Yang Di Tempah Khas Oleh Tuan Zaidi"

Sudah banyak reel yang aku pegang namun masih belum puas untuk membeli yang lain. Untuk apa??hanya koleksi semata-mata. Ada yang dibawa untuk turun berjuang dan ada juga yang berada di dalam almari. Tahun depan aku berhajat nak beli lagi reel yang masih aku tak ada seperti Abu Cardinal 4, Abu Cardinal 3 dan lain-lain. Semua untuk aku simpan sebagai koleksi. Mudah-mudahan bakal isteri aku pun join jadi kaki pancing nanti..hehe.. InsyaAllah.


Sos Pisang Untuk Patin daripada Otai Kolam "Polini Fotografik"

Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat dan para pembaca. Setelah mendapat keizinan otai Polini Fotografik, saya akan ajarkan pula bahan-bahan untuk membuat sos patin berasaskan pisang. Resipi ini diajar oleh beliau dalam laman muka buku. Kalau tak cuba kita tak tahu kan. Okey kita tengok dulu apa bahan-bahan asas yang penting dalam pembikinan Sos patin Polini Fotografik ini..



"Pisang Berangan Yang Masak Ranum"


"Mauri-Pan"


"Santan"


"Telur Itik"

Haaa, ini lah empat bahan asas untuk membuat sos patin versi Polini Fotografi. Sebenarnya, lain orang lain bahan-bahan yang digunakan. Ada yang tambah tapai ubi, tempe, tauhu dan sebagainya. Tetapi, Polini Fotografik hanya menggunakan empat bahan asas ini. Sekarang kita semak pula cara nak membuatnya.


Bahan-bahan :

1) 5-6 biji pisang berangan.
2) 1 kotak santan. Brand ape pun tak kisah.
3) 1 peket Mauri-pan.
4) 1 biji telur itik.

Cara-cara pembikinan Sos Patin :

1) Lenyekkan 5-6 biji pisang berangan.
2) Campurkan sekali dengan bahan-bahan yang lain iaitu santan, mauripan dan telur itik.
3) Blenderkan semua bahan-bahan yang telah dicampurkan tadi.
4) Kemudiaannya, simpan dan peram bahan yang diblender tadi dalam botol tahan tekanan sebab pisang mengeluarkan gas. Nanti meletup botol kalau guna botol yang tak tahan tekanan. Botol coke adalah yang terbaik.
5) Peram selama 2 hari. Sos akan berbau wangi dan masam.
6) Selepas 2 hari sos boleh digunakan.

Penggunaan Sos :

1) Campurkan dengan roti yang telah dipotong dadu..
2) Campuran ikut suka hati si pemancing. Kalau nak basah taruk lebih, nak kering taruk sikit2.. tapi saya lebih suka roti tu tak terlalu kering dan tak terlalu basah.
3) Tidak perlu mencampurkan sos dengan apa-apa pati lain seperti pandan paste dan sebagainya. Tetapi ianya terpulang kepada selera pemancing itu sendiri bagaimana nak tambah baik resipi.
4) Roti pun terpulang kepada pemancing sama ada nak guna roti Mighty White ke, Roti Sedap ke atau roti-roti brand yang lain..

Pemakanan Ikan :

1) Patin


Umpan adalah ikhtiar, rezeki datangnya daripada Allah S.W.T

Tuesday, October 29, 2013

Umpan Raja Ikan Kap (Tok Hassan aka Tongsan)

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekelian. Hari ni aku nak ajar cara-cara bagaimana untuk memikat hati sang tongsan kolam. Umpan nie diambil dari member. Dia yang pernah cak pakai umpan nie. Aku tak pernah buat sebab aku tak suka menunggu tongsan godek-godek umpan..hehehe.. kita tengok bahan-bahan dia dulu okey..



"2 peket kecil Mauri-Pan (kat kedai runcit banyak)"


"5 pek Roti Sedap"


"6 Biji Telur Ayam"


"1 Tin RedBul Kuning"


"2 Penutup Star Brand Perasa Pisang (Gambar kat atas tu botol besar warna oren)"


"1 kotak kecik soya ikut la brand ape pun"


Cara-cara buat :

1) Campurkan semua bahan di atas dalam satu bekas.
2) Blendkan (kisar) semua bahan di atas.
3) Sesudah itu, simpan atau peram di dalam botol yang tahan tekanan seperti botol coke selama 1 hari. Kalau botol tak tahan tekanan nanti kebaboom..hehe
4)Selesai

Cara nak guna :

1) Campur sos yang telah diperam ke dalam roti yang telah dikoyak atau yang telah dihancurkan.
2) Campuran yang dibuat jangan terlalu kering dan jangan terlalu basah(lembik).
3) Guna mata spring dan kepal kemas kat spring tadi.
4) Kalau tongsan jumpa insyaAllah ngap dan cak..

Selamat mencuba resipi terbaru dari member aku..

Umpan adalah ikhtiar, rezeki datangnya daripada Allah S.W.T.

Umpan Ulong

Entry kali ni aku nk bincang pasal umpan yang tengah hangat kat pasaran sekarang iaitu Umpan Ulong. Umpan Ulong ini sebenarnya dicipta dan dibangunkan oleh Abang Wadie dari Jengka Pahang atau lebih dikenali dengan Pemancing Ulong. Kita tengok dulu jenis-jenis umpan ulong yang ada kat pasaran sekarang. Macam pisang goreng panas wa cakap lu..



"Umpan Power Chili Red (paling laris)"


"Umpan Power Kongkang Gunung Jerai"


"Umpan Power Minyak Belangkas (Pemikat Si Rohayu)"


"Umpan Power Pandan Ulong"


"Umpan Power Betik Diraja"


"Umpan Power Buah Perah"


"paling latest (Umpan Ulong Strawberry Paste)"


"nie plak limited edition,hanya kluar 50 botol sahaja (Umpan Power Penunduk Ulong)"



Jom tengok hasil penggunaan umpan ulong nie. 4 gambar kat bawah nie aku yang mendaratkan ikan-ikan nie.



"patin 2.5kg bersama Mohd Zaidi(pakai jaket) (dealer Umpan Ulong Kelantan)"


"pacu @ bawal 7.6kg bersama adik kesayangan aku"


"Pacu lagi 6.3kg hasil penggunaan Umpan Power Betik Diraja"


"pacu lagi 6.8kg"

Gambar nie adalah hasil tangkapan pemancing lain dengan menggunakan umpan ulong..check it out!!!










Belilah yang original.. hargailah hasil usaha usahawan tempatan kita nie.. bukan senang kita nak tengok orang kita berjaya. Jangan ada perasaan hasad dengki okey!! 

- Ikhtiar Umpan Power Bukan Lagi Rahsia -
Pastikan Ori Baru Beli


Nie contoh penyangak yang cuba tiru umpan ulong, jangan sesekali beli umpan nie.. nanti kalau tak pacak derr!! hehehe



"tengok botol pun dah lain, yang ori pakai botol coke"

Inilah orang yang berada disebalik kejayaan UMPAN ULONG.. Pemancing Ulong atau Abang Wadie.. Resipi kejayaan kena contact beliaulah. hehehe.. Salah satu usahawan melayu yang berjaya.





Untuk mendapatkan umpan ulong yang original bolehlah menghubungi PA Abang Wadie nie..






Satu yang mesti kita ingat, umpan hanyalah ikhtiar semata-mata. Allah lah yang maha mengetahui segalanya. Rezeki Allah yang turunkan. Nanti entry akan datang kita belajar teknik umpan ulong plak ye.. Bubbai..















Monday, October 28, 2013

Memancing Adalah Hobi, Hobi Adalah Memancing

Kisah pada hari ini, aku nak ceritakan tentang hobi aku yang suka memancing. Banyak pengalaman aku selaku pemancing ini dari beginner sehingga la boleh mencipta umpan sendiri dari RnD yang aku jalankan bersama adik dan ayah aku. Dulu aku jugak tak pandai dalam bab-bab memancing nie. Bila g kolam last2 bangau manjang. Nak dijadikan cerita aku fed up dan tak pergi langsung ke kolam berbayar, sehinggalah ada satu kolam yang baru bukak dekat umah aku. So, aku, abang ipa aku dan adik aku pergilah mencuba nasib kat sana. Sejam setengah ikan belum jamah umpan, tak de gedik-gedik kat tali pancing. Sambil termenung datang la sorang askar nie tanya gua mancing apa. Aku cakap mancing ikan tapi tak pandai buat umpan. So, dia mintak tengok umpan gua. Aku ngan segan silu bagi terus umpan tu. Dia pegang-pegang last2 dia campak dalam kolam. Mau tak hangin satu badan. dah la umpan tak jadik, dia buang plak dah.

             Dia cakap, umpan keras macam batu ikan mana nak makan. Dia suruh p beli la soya jenama season 1 tin, NS Power tutup mulut ngan dedak bomb 286 satu peket. Dia pun dengan bersemangat bancuh untuk aku. Pada awal-awal tu aku xbrapa percaya dengan askar nie, al maklumlah tak kenal kan. Tu la orang kata, xkenal maka tak cinta. Dah siap-siap dia bancuh, dia tolong plak kepal kat spring dan belanja roti Butterscoth untuk mancing. Aku kata dalam hati, pasang hari nie sebab semua dia tolong buat. Segan ada, malu ada. Mula-mula dia kepal dedak kat spring sambil membebel spring bom aku kecik, then dia sangkut roti kat mata dan dia baling ke kolam dengan lafaz Bismillah. Dia cakap balingan first tunggu 5 minit dan karau. Balingan kedua baru comfirm dapat ikan.

           Dan, Alhamdulillah balingan kedua terus abam-abam rohu sembat umpan. Nak dikatakan rezeki Allah turunkan pada aku malam tersebut. tidak sampai sejam setengah aku mancing dapat la 5 ekor ikan rohu saiz bagak-bagak 3kg dan ke atas. Abang askar tu pun dapat yang baby-baby jer. Mungkin aku orang baru tu dapat besar-besar dulu (dalam hati jer la)hehehe.


"soya season"


NS Power (warna hijau kanan sekali)


"dedak bomb 286"


               Umpan nie aku buat gasak banyak kali jugak. Umpan kosong jer tapi ikan kolam dekat umah aku suka sangat ngan umpan nie. Sekarang aku dah tak guna sebab dah ada RnD dedak baru..nanti aku ceritakan dalam entry seterusnya.




"nie hasil dia..tgk,kaki aku saiz 8 der..ikan tu besor mane kan.."


"yang nie plak yang siang untuk bakar..family aku makan jugak la ikan rohu nie.."

Sebelum aku terlupa, nie cara bancuhan dedak kat atas..

Bahan-bahan:

1) Dedak bomb 286 speket
2) NS Power Hijau (ikan Buka Mulut @ pandan)
3) Soya brand Season 1 tin
4) Kek Apollo Pandan 2

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan sebati pastu bancuh dengan soya tu.. buat peroi jer untuk kepal kat spring.. jangan lupa baca Bismillah taw kawan-kawan.. InsyaAllah dimurahkan rezeki.. nie dedak asas jer, nanti saya ajar dedak lain plak ok.. selamat mencuba.. :)

Pemakanan :

1)rohu
2)tongsan (cme kna jek @ tambah esen pisang cap star bran dalam setengah botol)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...